Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan
Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) adalah sebuah badan bebas di bawah pemerintah persekutuan Amerika Syarikat yang ditubuhkan bagi menjalankan penguatkuasaan undang-undang antipakat awam (bukan jenayah) dan menggalakkan perlindungan pengguna. FTC berkongsi bidang kuasa dengan Divisyen Antipakat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dalam ehwal penguatkuasaan antipakat sivil di negara itu. Ia beribu pejabat di Bangunan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan di Washington, D.C.Suruhanjaya ini diketuai oleh lima pesuruhjaya untuk tempoh tujuh tahun sepenggal. Mereka dicalonkan oleh Presiden dan disahkan oleh Senat. Tidak lebih daripada tiga orang pesuruhjaya berada dalam parti siasah yang sama. Presiden memilih seorang pesuruhjaya untuk menjalankan tugas sebagai Pengerusi; Lina Khan telah menjawat kedudukan tersebut sejak Jun 2021.[4]FTC telah ditubuhkan pada tahun 1914 setelah Akta Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan diluluskan. Ditandatangani sebagai undang-undang oleh Presiden Woodrow Wilson yang merupakan penyokong kuat terhadap penubuhannya, Akta Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan merupakan gerak balas utama terhadap amalan monopoli pada abad ke-19.

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan

Agensi terdahulu
  • Biro Perbadanan
Di bawah bidang kuasa  Amerika Syarikat
Eksekutif agensi
Ibu pejabat Bangunan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan, Washington, D.C.
Laman sesawang www.ftc.gov
Dibentuk 26 September 1914; 107 tahun yang lalu (1914-09-26)
Belanjawan tahunan $332 juta (FY 2020)[1]
Kakitangan 1,160 (FY 2020)[1]